HTML marquee Tag SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Monday 27 March 2017

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK

KEMAHIRAN ABAD KE-21



Perkembangan dunia hari ini dipenuhi dengan pelbagai isu yang memberi kesan secara langsung kepada kanak-kanak, khususnya di peringkat awal usia mereka. Justeru, blog ini telah disisipkan beberapa elemen yang diharap dapat memainkan peranan berkesan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Elemen ini diharap dapat membantu melahirkan murid yangb berprofil selari dengan perkembangan dunia pendidikan abad ke-21. Dalam erti kata lain, guru berperanan mendidik murid agar mempunyai sikap yang berdaya tahan, mampu menjadi pemikir, mahir berkomunikasi, boleh bekerja secara berpasukan, mempunyai sikap ingin tahu, hidup berprinsip, menjadi individu yang bermaklumat, menjadi insan yang penyayang dan seorang yang patriotik. BERDAYA TAHAN Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati.




PEMIKIR
Mereka berfikir secara kritikal, kreatif, dan inovatif, mampu menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Mereka berfikir mengenai pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. Mereka menjana soalan serta bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif menangani bidang pembelajaran yang baharu.

MAHIR BERKOMUNIKASI
Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea serta maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan mahupun bertulis dengan menggunakan pelbagai media dan teknologi.

KERJA SEPASUKAN
Mereka boleh berkerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Mereka menggalas tanggungjawab bersama-sama serta menghormati dan menghargai sumbangan daripada setiap ahli pasukan. Mereka memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif. Ini mendorong mereka menjadi pemimpin dan ahli pasukan yang baik.

BERSIFAT INGIN TAHU
Mereka membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka stategi serta idea baru. Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Mereka menikmati penglaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.

BERPRINSIP
Mereka berintegriti dan jujur, mempunyai sifat kesemarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan serta komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat daripada tindakan dan keputusan mereka.

BERMAKLUMAT
Mereka mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas serta seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Mereka meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Mereka memahami isu-isu etika/undand-undang berkaitan maklumat yang diperolehi.

PENYAYANG/PRIHATIN
Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Mereka komited untuk berkhidmat kepada mesyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar.

PATRIOTIK
Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara .

Tuesday 21 March 2017

HTML marquee Tag SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA